27 June merupakan antara “BIG
DAY ’’ dalam hidup aku apabila berjaya memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera
atau lebih sedap di dengari sebagai ENGINEER. JUJUR aku cakap, sebagai seorang
graduan yang sangat mentah di dalam dunia perkerjaan, saat di mana mendapat panggilan
dari syarikat memaklumkan aku berjaya mendapat tawaran kerja, ‘feeling’ dia aku
cakap macam menang pingat emas olimpik pulak rasanye, “BANGGA” tak terkata(walaupun
aku tau xbaik bangga). Dan satu paling aku tak boleh lupa bila hati kecil
berteriak “AKU SEORANG ENGINEEER” (bila kenang balik, rasa kelakar sangat). Walaupun
aku bermula di sebuah syarikat kecil. Syarikat yang kalau orang dengar akan
tanya aku balik (sedih juga rasa masa tu). Tapi, bila mengenangkan jawatan yang
aku pegang ni adalah jawatan yang aku idamkan dari sekolah menengah hingga ke universiti,
maka perasaan ‘excited’ berjaya menenggelamkan perasaan sedih tu. Yang
sebenarnye, di sebalik cerita aku mendapat kerja sebagai ENGINEER ni, aku nak
terangkan kepada adik-adik di luar sana macam mana nk jadi seorang engineer,
dan ape rasa jadi seroang engineer. Kalau di tanya balik apa perasaan aku
setelah 3 tahun bergelar engineer, aku rasa best lg jadi salesesman a.k.a sales
executive.HAHAHA…kalau nak cerita best la kan……OK lah, biasanye bagi yang
bercita-cita untuk menjadi seorang engineer, paling kurang pun mesti pernah
terlintas salah satu soalan dan anggapan macam di bawah ni kan??
-Apa yang anda fikirkan bila disebut "engineer"?
-Apa yang best jadi engineer ni?
-Apa tugas-tugas sebagai seorang engineer?
-Gaji besar? Banyak travel? Awek ramai? Status tinggi?
Pada adik-adik yang baru lepas SPM dan memikirkan untuk ambil jurusan
kejuruteraan, digalakkan untuk baca post ni sampai habis.
#sebenarnya aku tak suka guna bahasa rojak di dalam penulisan,
tapi memandangkan post ini ada istilah teknikal yang agak janggal kalau
diterjemahkan dalam bahasa Melayu, maka.....expect the best of mix language in
this post!
Yang pertama, -minat.
Pastikan anda meminati bidang yang bakal anda ceburi. Untuk jadi
seorang jurutera atau lebih glamour disebut engineer, tanpa minat, kerja anda
akan terasa susah, letih, dan membosankan kerana ianya amat berkait rapat
dengan pengetahuan teknikal anda. Kalau anda seorang yang kompeten dan ingin
belajar, tak ada masalah tapi kalau sebaliknya, tepuk dada tanyalah ilmu cukup
ke tak =)
Selalunya orang taknak kerja ni sebab kalau kerja kat field,
kita terdedah kepada 4D ni iaitu Dirty, Dangerous, Difficult dan jugak
Downpaid.
Baiklah, mula-mula sekali kena tahu cabang-cabang engineer ni.
Asasnya ada 4 cabang tradisional - Awam/Civil, Mekanikal, Elektrik, dan jugak
Kimia/Chemical. Software engineering, sound engineering, biomedical engineer
semua tu adalah lanjutan dari 4 bidang asal ni.
Bidang-bidang ni ada kelebihan/kekurangan sendiri. Minat yang
mana, kenalah pandai pilih.
Ringkasnya:
·
Civil: Ini cabang yang aku belajar (maka ulasan di sini mungkin
lebih bias sikit hahaha), Civil ni terbahagi kepada Struktur(banggunan,binaan
terowong dan loji), geotechnic dan geology( kaji tanah dan muka bumi),
Hydrology(Tentang empangan dan saliran), Environmental engineering(kaji
mengenai alam sekitar) dan jugak highway
dan trafik ( kaji pembinaan jalan raya serta lalu lintas).
·
Mechanical: mesin besar-besar macam gas turbine, automotif,
pendek kata jentera-jentera yang menggunakan konsep mekanik.
·
Electrical: Ada dua pecahan besar iaitu elektrical dan
electronics. Electrical - main dengan benda high voltage seperti power plant,
transmission, distribution, pendek kata apa yang TNB buat tu, adalah di bawah
electrical. Electronics untuk barang-barang low voltage macam semiconductor,
buat IC (integrated circuit), control system, buat handphone, telecommunication
(maxis celcom digi gps semua masuk bawah ni).
·
Chemical: Kejuruteraan kimia asasnya untuk barang-barang
manufacturing (polimer, buat cat, barang plastik). Oil and gas juga termasuk
bawah kejuruteraan kimia ni.
Yang kedua, -gaji dan skop beban kerja.
Harus diingat gaji engineer ni nampak je macam besar..Tapi
sebenarnya lebih miskin dari kuli. Kenapa? baca sampai habis, sebab jawapannya
ada di dalam perenggan-perenggan seterusnya.
*Dalam ni kita tak masukkan gaji engineer oil and gas sebab diorang ni special case. Kena banding kerjaya lain yang sama-sama kerja kat darat la baru adil, kan?
*Dalam ni kita tak masukkan gaji engineer oil and gas sebab diorang ni special case. Kena banding kerjaya lain yang sama-sama kerja kat darat la baru adil, kan?
Ramai orang bila sebut engineer, diorang akan fikir semua
engineer ni kaya-kaya. Sebenarnya tak begitu. Itu terpulang kepada bidang apa
yang dia masuk. Adakah bidang construction? oil and gas O&G ? manufacturing
macam kilang-kilang tu? atau pun service provider?
Kalau ukur dari segi gaji, memang O&G yang paling mahal
bayarannya. Tapi kena ingat, nak masuk industri ni bukanlah semudah dijangka.
Dan beban kerja di pelantar tu bukan semua orang dapat tahan. Ini lain entri
nanti saya cerita.
Construction punya gaji tengok jugak anda di line mana. Projek
atau servis? Kalau projek, gajinya lebih besar tapi selalunya engineer yang
buat projek ni kerja secara kontrak sehinggalah projek tersebut tamat. Oleh
sebab tiada jaminan kontrak akan disambung maka gaji mereka selalunya lebih
besar. Selepas tamat tempoh kontrak, kalau tak ada projek baru maka engineer ni
carilah kerja di tempat lain.
Ada juga project engineer yang digaji secara tetap oleh
syarikat. Tapi selalunya gaji mereka pun tak banyak sebab sekiranya projek
tahun tu lembab, syarikat masih ada duit untuk bayar mereka walaupun projek tak
ada. Kalau projek lebat, merekalah antara yang paling banyak bonus tahun tu.
Skill yang diperlukan selalunya technical drawing tak kiralah guna Computer Aided
Diagram (CAD) software yang mana pun.
Berbeza dengan service engineer, sekiranya klien masih
menggunakan barangan yang syarikat mereka jual, tak kira ada projek baru atau
tak ada pun, khidmat mereka masih diperlukan kerana mesin-mesin itu tetap perlu
diservis secara berkala. Jadi selalunya kerja service engineer ni lebih
terjamin mengikut installed base mesin yang dijual oleh syarikat berkenaan.
Cumakerja service engineer kelihatan lebih macam kuli sebab mereka ada hands-on
skill dan jugak troubleshooting skill. Nampak macam technician pakai baju
kotor, rupanya engineer ada degree.
Jenis engineer yang ketiga ni aku paling tak suka, iaitu sales
engineer. Bila kata tak suka tak bermakna engineer ni tak bagus. Kerjanya bagus
sebab inilah sumber pendapatan bagi syarikat sebenarnya. Tak suka sebab tak
suka buat sales. Itu aje. Engineer ni akan buat sales mengikut pengetahuan
teknikal untuk meyakinkan klien sama ada barang mereka ni ikut spec atau tak,
dan kalau specnya sama dengan competitor, kenapa barang mereka lebih baik dari
yang lain? Ini kerja mereka untuk menggunakan pengetahuan teknikal dalam usaha
meyakinkan pelanggan. Gajinya biasa-biasa tapi ada komisen atas jualan. Jual
banyak, komisen pun banyak. Satu equipment pun harga ratus-ratus ribu, kalau
jual satu pun dah berapa agaknya komisen diorang? Aku ade seorang kawan, dia
ni dalam masa 3 tahun da boleh bayar habis pinjaman kereta dan bawa parents
jalan hasil komisen sebagai sales engineer. Dia jual software je. Waktu habis
belajar dulu aku tak rasa kerjaya ni boleh pergi jauh, tapi bila dia berjaya
membuktikan bidang ni boleh pergi jauh
terus pandangan aku bertukar kagum dengan karrier nye.
Kalau mahu lebih berjaya, jadilah engineer dengan title IR. Commercial valuenya lebih. Harga yang dibayar untuk kerja anda pun lebih. Risiko pun lebih. RISIKO? Ye risiko tanggungjawab di atas setiap kelulusan atau kebenaran yang dikeluarkan untuk menjalankan setiap kerja-kerja mengikut specs dan piawaian tertentu. Jadi bila berlaku masalah contohnya seperti banggunan runtuh, maka orang pertama yang bertanggungjawab adalah IR yang memberi kelulusan. Lecturer aku pernah bercerita tentang kawan die hampir gila bila berlaku kegagalan reka bentuk di dalam plan yang dia luluskan. Kerugian yang di tanggung hampir menyebabkan dia jatuh bankrap.(Time tu aku dengar rasa nak masuk bidang art la pulak..Hahaha)
Yang ketiga, -Risiko
Seperti yang aku dah beritahu awal tadi, kerja engineer ni bahaya, kotor, sukar dan gajinya rendah. Kenapa aku cakap gajinye rendah. kejap lagi bacalah yang keempat pulak. (haa..nampak tak permainan die)
Disebabkan bahaya, maka risikonya ada. Contoh macam elektrik, bendanya kita tak nampak. Tapi kalau terkena? Lebih-lebih lagi high voltage.
Design failure juga termasuk dalam risiko(macam cerita yang lecturer aku tadi) . Kalau salah design, kos projek dah berjuta dikeluarkan, siapa yang nak disalahkan? Engineer jugak. Contoh terbaik, gambar di bawah ni.
Yang keempat, -masa
Harus diingat kerja sebagai engineer adalah kerja yang tak ada
waktu pejabat. Waktu kerja mungkin 24 jam sehari, atau pun 7 hari seminggu
bergantung kepada keperluan.
Oleh sebab itu gaji engineer tak dikira besar sebab mereka kerja
around the clock! Kalau orang biasa gaji RM 2,000 tapi kerja 9 pagi-6 petang,
engineer yang gaji RM 3,000-RM 4,000 kerja 24 jam! Iaitu 8 jam waktu biasa dan
selebihnya standby (kalau standby!!) .
Waktu aku bekerja sebagai engineer projek semasa pembinaan KLIA
2 dulu, bukan sekali dua aku pernah xbalik rumah. Malah hampir 3 ke empat kali dalam
sebulan aku pernah berkerja 24jam sehari semata-mata menyiapkan projek dibawah
jagaan aku. Kalau aku dah kata kerja 24jam sehari tu, janganlah tanya hari ahad
keje ke x? kat aku…jawapannye mestilah kerja! Sampai kadang-kadang bangla pun
cakap kat aku “bang! Bangla pun cuti hari ahad la”. Bergini lah lumrah kalau bekerja di sebagai
engineer di bawah projek pembinaan…
Ok sambung pulak pengiraan gaji yang
seakan-akan banyak tadi:-
Pengiraan mudah untuk waktu kerja 8 jam sehari,
Orang biasa yang kerja pejabat:
RM 2,000/20 hari (5 hari seminggu X 4 minggu) = RM 100
sehari.
Jadi kerja 8 jam = RM 12.50 sejam.
Engineer yang kerja 12 jam(ambik contoh 12jam je la ye):
RM 3,000/20 hari = RM 150 sehari.
Tapi... RM 150/12 jam = RM 12.50. Sama je macam orang kerja
pejabat. Jadi di mana besarnya gaji engineer ni?
Nampak besar sebab lebih seribu tapi sebenarnya, kita bayar
harga seribu tu dengan masa kita.
Dan ada jugak yang dibayar standby allowance termasuk kerja
sabtu ahad, tapi selalunya kan, RM 500 yang dibayar tu tak setimpal dengan masa
kita yang terbuang bila standby sebab kena standby 24 jam.
Yang duduk di pelantar, ada kerja 12 jam sehari dan elaun anda dibayar dalam hari. Lagi 12 jam anda boleh rehat. Tapi selalunya diorang akan kerja jugak waktu rehat tu. Sebab apa? Kat atas pelantar tu bukannya ada apa sangat. Kiri laut, kanan pun laut. Depan belakang tak payah cerita. Daripada tengok laut, baik diorang kerja, betul tak?
Dan kawan aku yang kerja di SLB (Schlumberger) dah berapa bulan
tak balik. Baru balik sehari, dah dipanggil semula ke laut. Duit banyak, masa
untuk family pun takde. Tu yang ramai tak kawin lagi tu..hahaha..sori tau
kawan-kawan.
Kalau Marine engineer (macam adik aku) pun sama juga. Kalau
machine break down tengah malam buta, kena bangun dari tidur untuk troubleshoot
mesin tu(selalunya engine dan turbin kapal), dan selalunya enjin takkan siap
dalam 1-2 jam kalau yang mahal. Kalau projek anda belum siap, sedangkan
deadline dah hampir, maka bersengkang matalah buat kerja sampai siap. Kalau
kena outstation 3 bulan, 3 bulanlah anak isteri ditinggalkan.
Tanyalah pada engineer yang dah ada pengalaman, pasti mereka
akan kata, ada jugaklah time yang aku kena kerja tak tidur 3 hari straight.
Tapi pengalaman tu menyeronokkan.
Akhir kata, nak jadi engineer ni bukanlah mudah. Dan di Malaysia
ni engineer sering dianaktirikan berbanding doktor dan jugak kerjaya lain sebab
field engineer selalunya kelihatan macam kuli aje.
Namun, kita harus sedar yang engineer adalah penyumbang kepada
kemajuan tamadun, juga menyumbang kepada pembangunan negara.
Apa
pun, berbanggalah (tapi jangan eksyen!) jadi engineer sebab di zaman aku
belajar dulu, dari 10 kelas yang ada 30 orang, waktu nak graduate cuma tinggal
9 kelas. Itu pun tak semua yang grad on time, ada je yang xhabis belajar sebab kena extend.
Trust
me, I am an engineer!