Monday, 15 December 2014

Perghhh!! Aku seorang Engineer!!

27 June merupakan antara “BIG DAY ’’ dalam hidup aku apabila berjaya memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera atau lebih sedap di dengari sebagai ENGINEER. JUJUR aku cakap, sebagai seorang graduan yang sangat mentah di dalam dunia perkerjaan, saat di mana mendapat panggilan dari syarikat memaklumkan aku berjaya mendapat tawaran kerja, ‘feeling’ dia aku cakap macam menang pingat emas olimpik pulak rasanye, “BANGGA” tak terkata(walaupun aku tau xbaik bangga). Dan satu paling aku tak boleh lupa bila hati kecil berteriak “AKU SEORANG ENGINEEER” (bila kenang balik, rasa kelakar sangat). Walaupun aku bermula di sebuah syarikat kecil. Syarikat yang kalau orang dengar akan tanya aku balik (sedih juga rasa masa tu). Tapi, bila mengenangkan jawatan yang aku pegang ni adalah jawatan yang aku idamkan dari sekolah menengah hingga ke universiti, maka perasaan ‘excited’ berjaya menenggelamkan perasaan sedih tu. Yang sebenarnye, di sebalik cerita aku mendapat kerja sebagai ENGINEER ni, aku nak terangkan kepada adik-adik di luar sana macam mana nk jadi seorang engineer, dan ape rasa jadi seroang engineer. Kalau di tanya balik apa perasaan aku setelah 3 tahun bergelar engineer, aku rasa best lg jadi salesesman a.k.a sales executive.HAHAHA…kalau nak cerita best la kan……OK lah, biasanye bagi yang bercita-cita untuk menjadi seorang engineer, paling kurang pun mesti pernah terlintas salah satu soalan dan anggapan macam di bawah ni kan??

-Apa yang anda fikirkan bila disebut "engineer"?

-Apa yang best jadi engineer ni? 

-Apa tugas-tugas sebagai seorang engineer?

-Gaji besar? Banyak travel? Awek ramai? Status tinggi?





Pada adik-adik yang baru lepas SPM dan memikirkan untuk ambil jurusan kejuruteraan, digalakkan untuk baca post ni sampai habis.

#sebenarnya aku tak suka guna bahasa rojak di dalam penulisan, tapi memandangkan post ini ada istilah teknikal yang agak janggal kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, maka.....expect the best of mix language in this post!

Yang pertama, -minat.

Pastikan anda meminati bidang yang bakal anda ceburi. Untuk jadi seorang jurutera atau lebih glamour disebut engineer, tanpa minat, kerja anda akan terasa susah, letih, dan membosankan kerana ianya amat berkait rapat dengan pengetahuan teknikal anda. Kalau anda seorang yang kompeten dan ingin belajar, tak ada masalah tapi kalau sebaliknya, tepuk dada tanyalah ilmu cukup ke tak =)

Selalunya orang taknak kerja ni sebab kalau kerja kat field, kita terdedah kepada 4D ni iaitu Dirty, Dangerous, Difficult dan jugak Downpaid.

Baiklah, mula-mula sekali kena tahu cabang-cabang engineer ni. Asasnya ada 4 cabang tradisional - Awam/Civil, Mekanikal, Elektrik, dan jugak Kimia/Chemical. Software engineering, sound engineering, biomedical engineer semua tu adalah lanjutan dari 4 bidang asal ni.

Bidang-bidang ni ada kelebihan/kekurangan sendiri. Minat yang mana, kenalah pandai pilih.

Ringkasnya:

·             Civil: Ini cabang yang aku belajar (maka ulasan di sini mungkin lebih bias sikit hahaha), Civil ni terbahagi kepada Struktur(banggunan,binaan terowong dan loji), geotechnic dan geology( kaji tanah dan muka bumi), Hydrology(Tentang empangan dan saliran), Environmental engineering(kaji mengenai alam sekitar)  dan jugak highway dan trafik ( kaji pembinaan jalan raya serta lalu lintas).
·             Mechanical: mesin besar-besar macam gas turbine, automotif, pendek kata jentera-jentera yang menggunakan konsep mekanik.
·             Electrical: Ada dua pecahan besar iaitu elektrical dan electronics. Electrical - main dengan benda high voltage seperti power plant, transmission, distribution, pendek kata apa yang TNB buat tu, adalah di bawah electrical. Electronics untuk barang-barang low voltage macam semiconductor, buat IC (integrated circuit), control system, buat handphone, telecommunication (maxis celcom digi gps semua masuk bawah ni).
·             Chemical: Kejuruteraan kimia asasnya untuk barang-barang manufacturing (polimer, buat cat, barang plastik). Oil and gas juga termasuk bawah kejuruteraan kimia ni. 

Yang kedua, -gaji dan skop beban kerja.

Harus diingat gaji engineer ni nampak je macam besar..Tapi sebenarnya lebih miskin dari kuli. Kenapa? baca sampai habis, sebab jawapannya ada di dalam perenggan-perenggan seterusnya.

*Dalam ni kita tak masukkan gaji engineer oil and gas sebab diorang ni special case. Kena banding kerjaya lain yang sama-sama kerja kat darat la baru adil, kan?

Ramai orang bila sebut engineer, diorang akan fikir semua engineer ni kaya-kaya. Sebenarnya tak begitu. Itu terpulang kepada bidang apa yang dia masuk. Adakah bidang construction? oil and gas O&G ? manufacturing macam kilang-kilang tu? atau pun service provider?

Kalau ukur dari segi gaji, memang O&G yang paling mahal bayarannya. Tapi kena ingat, nak masuk industri ni bukanlah semudah dijangka. Dan beban kerja di pelantar tu bukan semua orang dapat tahan. Ini lain entri nanti saya cerita.



Construction punya gaji tengok jugak anda di line mana. Projek atau servis? Kalau projek, gajinya lebih besar tapi selalunya engineer yang buat projek ni kerja secara kontrak sehinggalah projek tersebut tamat. Oleh sebab tiada jaminan kontrak akan disambung maka gaji mereka selalunya lebih besar. Selepas tamat tempoh kontrak, kalau tak ada projek baru maka engineer ni carilah kerja di tempat lain. 

Ada juga project engineer yang digaji secara tetap oleh syarikat. Tapi selalunya gaji mereka pun tak banyak sebab sekiranya projek tahun tu lembab, syarikat masih ada duit untuk bayar mereka walaupun projek tak ada. Kalau projek lebat, merekalah antara yang paling banyak bonus tahun tu. Skill yang diperlukan selalunya technical drawing tak kiralah guna Computer Aided Diagram (CAD) software yang mana pun. 

Berbeza dengan service engineer, sekiranya klien masih menggunakan barangan yang syarikat mereka jual, tak kira ada projek baru atau tak ada pun, khidmat mereka masih diperlukan kerana mesin-mesin itu tetap perlu diservis secara berkala. Jadi selalunya kerja service engineer ni lebih terjamin mengikut installed base mesin yang dijual oleh syarikat berkenaan. Cumakerja service engineer kelihatan lebih macam kuli sebab mereka ada hands-on skill dan jugak troubleshooting skill. Nampak macam technician pakai baju kotor, rupanya engineer ada degree.

Jenis engineer yang ketiga ni aku paling tak suka, iaitu sales engineer. Bila kata tak suka tak bermakna engineer ni tak bagus. Kerjanya bagus sebab inilah sumber pendapatan bagi syarikat sebenarnya. Tak suka sebab tak suka buat sales. Itu aje. Engineer ni akan buat sales mengikut pengetahuan teknikal untuk meyakinkan klien sama ada barang mereka ni ikut spec atau tak, dan kalau specnya sama dengan competitor, kenapa barang mereka lebih baik dari yang lain? Ini kerja mereka untuk menggunakan pengetahuan teknikal dalam usaha meyakinkan pelanggan. Gajinya biasa-biasa tapi ada komisen atas jualan. Jual banyak, komisen pun banyak. Satu equipment pun harga ratus-ratus ribu, kalau jual satu pun dah berapa agaknya komisen diorang? Aku ade seorang kawan, dia ni dalam masa 3 tahun da boleh bayar habis pinjaman kereta dan bawa parents jalan hasil komisen sebagai sales engineer. Dia jual software je. Waktu habis belajar dulu aku tak rasa kerjaya ni boleh pergi jauh, tapi bila dia berjaya membuktikan  bidang ni boleh pergi jauh terus pandangan aku bertukar kagum dengan karrier nye. 

Kalau mahu lebih berjaya, jadilah engineer dengan title IR. Commercial valuenya lebih. Harga yang dibayar untuk kerja anda pun lebih. Risiko pun lebih. RISIKO?  Ye risiko tanggungjawab di atas setiap kelulusan atau kebenaran yang dikeluarkan untuk menjalankan setiap kerja-kerja mengikut specs dan piawaian tertentu. Jadi bila berlaku masalah contohnya seperti banggunan runtuh, maka orang pertama yang bertanggungjawab adalah IR yang memberi kelulusan. Lecturer aku pernah bercerita tentang kawan die hampir gila bila berlaku kegagalan reka bentuk di dalam plan yang dia luluskan. Kerugian yang di tanggung hampir menyebabkan dia jatuh bankrap.(Time tu aku dengar rasa nak masuk bidang art la pulak..Hahaha)    

Yang ketiga, -R
isiko

Seperti yang aku dah beritahu awal tadi, kerja engineer ni bahaya, kotor, sukar dan gajinya rendah. Kenapa aku cakap gajinye rendah. kejap lagi bacalah yang keempat pulak. (haa..nampak tak permainan die)

Disebabkan bahaya, maka risikonya ada. Contoh macam elektrik, bendanya kita tak nampak. Tapi kalau terkena? Lebih-lebih lagi high voltage.

Design failure juga termasuk dalam risiko(macam cerita yang lecturer aku tadi) . Kalau salah design, kos projek dah berjuta dikeluarkan, siapa yang nak disalahkan? Engineer jugak. Contoh terbaik, gambar di bawah ni.




Yang keempat, -masa

Harus diingat kerja sebagai engineer adalah kerja yang tak ada waktu pejabat. Waktu kerja mungkin 24 jam sehari, atau pun 7 hari seminggu bergantung kepada keperluan.

Oleh sebab itu gaji engineer tak dikira besar sebab mereka kerja around the clock! Kalau orang biasa gaji RM 2,000 tapi kerja 9 pagi-6 petang, engineer yang gaji RM 3,000-RM 4,000 kerja 24 jam! Iaitu 8 jam waktu biasa dan selebihnya standby (kalau standby!!) .

Waktu aku bekerja sebagai engineer projek semasa pembinaan KLIA 2 dulu, bukan sekali dua aku pernah xbalik rumah. Malah hampir 3 ke empat kali dalam sebulan aku pernah berkerja 24jam sehari semata-mata menyiapkan projek dibawah jagaan aku. Kalau aku dah kata kerja 24jam sehari tu, janganlah tanya hari ahad keje ke x? kat aku…jawapannye mestilah kerja! Sampai kadang-kadang bangla pun cakap kat aku “bang! Bangla pun cuti hari ahad la”.  Bergini lah lumrah kalau bekerja di sebagai engineer di bawah projek pembinaan…

Ok sambung pulak pengiraan gaji yang seakan-akan banyak tadi:-

Pengiraan mudah untuk waktu kerja 8 jam sehari, 

Orang biasa yang kerja pejabat:

RM 2,000/20 hari (5 hari seminggu X 4 minggu) = RM 100 sehari. 
Jadi kerja 8 jam = RM 12.50 sejam.

Engineer yang kerja 12 jam(ambik contoh 12jam je la ye):

RM 3,000/20 hari = RM 150 sehari. 
Tapi... RM 150/12 jam = RM 12.50. Sama je macam orang kerja pejabat. Jadi di mana besarnya gaji engineer ni?

Nampak besar sebab lebih seribu tapi sebenarnya, kita bayar harga seribu tu dengan masa kita.

Dan ada jugak yang dibayar standby allowance termasuk kerja sabtu ahad, tapi selalunya kan, RM 500 yang dibayar tu tak setimpal dengan masa kita yang terbuang bila standby sebab kena standby 24 jam.




Yang duduk di pelantar, ada kerja 12 jam sehari dan elaun anda dibayar dalam hari. Lagi 12 jam anda boleh rehat. Tapi selalunya diorang akan kerja jugak waktu rehat tu. Sebab apa? Kat atas pelantar tu bukannya ada apa sangat. Kiri laut, kanan pun laut. Depan belakang tak payah cerita. Daripada tengok laut, baik diorang kerja, betul tak? 

Dan kawan aku yang kerja di SLB (Schlumberger) dah berapa bulan tak balik. Baru balik sehari, dah dipanggil semula ke laut. Duit banyak, masa untuk family pun takde. Tu yang ramai tak kawin lagi tu..hahaha..sori tau kawan-kawan.

Kalau Marine engineer (macam adik aku) pun sama juga. Kalau machine break down tengah malam buta, kena bangun dari tidur untuk troubleshoot mesin tu(selalunya engine dan turbin kapal), dan selalunya enjin takkan siap dalam 1-2 jam kalau yang mahal. Kalau projek anda belum siap, sedangkan deadline dah hampir, maka bersengkang matalah buat kerja sampai siap. Kalau kena outstation 3 bulan, 3 bulanlah anak isteri ditinggalkan. 

Tanyalah pada engineer yang dah ada pengalaman, pasti mereka akan kata, ada jugaklah time yang aku kena kerja tak tidur 3 hari straight. Tapi pengalaman tu menyeronokkan.

Akhir kata, nak jadi engineer ni bukanlah mudah. Dan di Malaysia ni engineer sering dianaktirikan berbanding doktor dan jugak kerjaya lain sebab field engineer selalunya kelihatan macam kuli aje.

Namun, kita harus sedar yang engineer adalah penyumbang kepada kemajuan tamadun, juga menyumbang kepada pembangunan negara. 

Apa pun, berbanggalah (tapi jangan eksyen!) jadi engineer sebab di zaman aku belajar dulu, dari 10 kelas yang ada 30 orang, waktu nak graduate cuma tinggal 9 kelas. Itu pun tak semua yang grad on time, ada je yang xhabis belajar sebab kena extend.


Trust me, I am an engineer! 

7 comments:

  1. Boleh tak saudara/saudari nyatakan universiti2 yang terbaik di malaysia untuk saya pilih sekarang ni? Saya buntu uni mne yang memiliki prestasi yang baik dlm bidang engineering ini...hm..HELP ME THO

    ReplyDelete
  2. Btw kannn kalau x keberatan boleh x mintak adik awak yg marine engineer tu cerita pasal dia plak sbb saya student marine hm nak tau pengalaman jugakkk

    ReplyDelete
  3. Seronok membaca perkongsian awak. Betul tu, engineer ni bunyi je gah, hakikatnya kuli je. Apa-apa pun, tak semua mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang engineer. Tahniah kerana masih sanggup memegang title engineer.
    -sekian komen daripada saya, enjin nyior mentah-

    ReplyDelete
  4. Asalam , boleh beritahu universiti apa yang paling bagus di jepun kalau nak jadi engineer

    ReplyDelete